SiRA (Social Impact Risk Assessment) dibangunkan sebagai satu platform digital bagi menyokong proses penilaian awal cadangan projek pembangunan secara lebih sistematik, cekap dan selaras dengan keperluan perundangan semasa. Sistem ini berperanan membantu pihak berkepentingan dalam mengenal pasti keperluan laporan, menilai risiko serta merancang langkah mitigasi pada peringkat awal pembangunan projek.