Memperkasa perancangan pembangunan Negeri Terengganu melalui penentuan projek berpotensi yang cekap, telus, dan berasaskan data spatial bagi menyokong pembuatan keputusan yang tepat.
SiRA membantu mengenal pasti potensi impak sosial sesuatu cadangan pembangunan secara awal, pantas dan berstruktur bagi menyokong proses perancangan dan pembuatan keputusan.
Maklumat Penggunaan & Projek Cadangan
Modul 1
Saringan Awal Kategori SIA
Modul 2
Saringan Awal Faktor Halangan Dalam Tapak Cadangan
Modul 3
Saringan Awal Faktor Risiko Persekitaran
KEPUTUSAN USUL AKHIR SiRA
MAKLUMAN
SiRA merupakan salah satu opsyen kepada penggerak projek dalam menentukan justifikasi bagi keperluan penyediaan Laporan SIA. Bagi melengkapkan keseluruhan saringan, pengguna hendaklah mendapatkan pengesahan daripada PLANMalaysia Terengganu (PMT) selepas saringan awal kategori SIA bagi membolehkan akses ke Modul 2 dan Modul 3.
KITARAN LENGKAP
Proses Penilaian Impak Sosial (SIA)
Proses SIA terdiri daripada sembilan (9) peringkat.
SARINGAN
AUDIT
Pemantauan
Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP)
Langkah Mitigasi
Proses SIA
PEMBIDANGAN
PENGUMPULAN DATA DAN ANALSIS
Jangkaan dan penilaian impak
Perhalusi Opsyen dan Reka Bentuk Projek
PETUNJUK :
Fasa perancangan Projek (1-7)
fasa pelaksanaan (8-9)
Sumber : Olahan daripada Panduan Pelaksanaan Penilaian Impak Sosial Bagi Projek Pembangunan (PPSIA), 2023, PLANMALAYSIA.
KITARAN LENGKAP
Proses Penilaian Impak Sosial (SIA)
Proses SIA terdiri daripada sembilan (9) peringkat.
PENGGUNA SiRA?
Untuk Siapa SiRA Ini?
SiRA direka untuk memudahkan semua pihak yang terlibat dalam proses pembangunan di Negeri Terengganu.
PEMAJU
Rancang Lebih Awal, Bangun Lebih Terancang
Syarikat atau individu yang menjalankan projek pembangunan dan bertanggungjawab memastikan pematuhan keperluan SIA.
Kenal pasti keperluan SIA pada peringkat pra-pembangunan.
Elak kelewatan kelulusan akibat isu impak sosial.
Penuhi syarat penyerahan Laporan SIA kepada pihak berkuasa.
Pemilik Tanah
Fahami Impak Sosial Tanah Anda
Individu atau entiti yang memiliki hak ke atas tanah dan berpotensi terlibat dalam proses pembangunan.
Nilai kesesuaian tanah berdasarkan data sosial dan geospasial.
Fahami keperluan SIA sebelum urusan jual beli atau pembangunan.
Buat keputusan berasaskan maklumat sosial yang sahih.
Pelabur
Labur Berasaskan Data Sosial Yang Tepat
Pihak yang berminat melabur dalam projek pembangunan dan perlu memahami risiko sosial sesuatu kawasan.
Akses data sosial asas (baseline data) dan geospasial terkini.
Nilai tahap keketaraan impak sosial sebelum membuat pelaburan.
Sokong amalan pelaburan yang mematuhi prinsip ESG.
Perunding
Jalankan Pra-Saringan Dengan Lebih Cekap
Laksanakan proses pembidangan dan penyaringan dengan pantas.
Laksanakan proses pembidangan dan penyaringan dengan pantas.
Akses data geospasial GIS yang sentiasa dikemaskini.
Muat turun laporan saringan awal untuk tujuan pelaporan klien.
Pihak Berkepentingan lain
Rujukan Data Sosial Untuk Pelbagai Keperluan
Ahli akademik, penyelidik, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan lain yang memerlukan maklumat sosial berkaitan pembangunan.
Akses data sosial asas untuk tujuan kajian dan penyelidikan.
Rujuk data geospasial Negeri Terengganu.
Sokong penyelidikan berkaitan pembangunan mapan dan kesejahteraan komuniti.
Perunding
Jalankan Pra-Saringan Dengan Lebih Cekap
Laksanakan proses pembidangan dan penyaringan dengan pantas.
Laksanakan proses pembidangan dan penyaringan dengan pantas.
Akses data geospasial GIS yang sentiasa dikemaskini.
Muat turun laporan saringan awal untuk tujuan pelaporan klien.
Pihak Berkepentingan lain
Rujukan Data Sosial Untuk Pelbagai Keperluan
Ahli akademik, penyelidik, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan lain yang memerlukan maklumat sosial berkaitan pembangunan.
Akses data sosial asas untuk tujuan kajian dan penyelidikan.
Rujuk data geospasial Negeri Terengganu.
Sokong penyelidikan berkaitan pembangunan mapan dan kesejahteraan komuniti.
PERUNDANGAN SiRA
Kerangka Perundangan Penentuan Kategori SIA
Penentuan kategori Penilaian Impak Sosial (SIA) di Malaysia didasari oleh Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), yang membahagikan keperluan SIA kepada tiga kategori utama berdasarkan skala dan impak projek pembangunan. Penentuan kategori ini berfungsi sebagai mekanisme penyaringan awal bagi memastikan setiap projek pembangunan dinilai pada tahap yang sesuai, selaras dengan keperluan komuniti tempatan dan dasar pembangunan negara.
Sistem SiRA (Social Impact Rapid Assessment) adalah harta intelek PLANMalaysia Terengganu, dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin dan PEERS Consult (M) Sdn. Bhd. Data dan maklumat GIS di dalam sistem adalah hak milik SiRA dan PLANMalaysia Terengganu.
Semua maklumat, data dan analisis SiRA adalah sulit dan hanya untuk tujuan saringan awalan (Pre-screening) bagi projek pembangunan di Negeri Terengganu.
SiRA bukan laporan Social Impact Assessment (SIA) yang lengkap. Hasilnya hanya bersifat indikatif untuk penentuan awal tahap keperluan SIA sebenar.
Dengan mengakses sistem ini, anda bersetuju bahawa:
Anda bertanggungjawab terhadap ketepatan data yang dimasukkan.
Semua hasil analisis adalah indikatif dan tertakhluk kepada pengesahan rasmi PLANMalaysia Terengganu dan pembekal data rasmi.
Sebarang pendedahan atau penggunaan tanpa kebenaran adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
PLANMalaysia Terengganu berhak menukar, menambah baik, atau menangguhkan akses sistem tanpa notis.
Dengan menekan "Log Masuk", anda mengesahkan persetujuan kepada terma di atas.