Platform Saringan Awal Penilaian Impak Sosial Pertama Negeri Terengganu
Penilaian Impak Sosial Pantas (SiRA) ialah platform saringan awal dan penasihatan yang dibangunkan oleh UniSZA dan PEERS Consult (M) Sdn. Bhd., serta disokong oleh PLANMalaysia Terengganu dan Pertubuhan Penilaian Impak Sosial Malaysia (MSIA).
Platform ini direka khusus untuk membantu
Pemaju · Pemilik Tanah · Pelabur · Perunding · Pihak berkepentingan lain
dalam menilai keperluan awal Penilaian Impak Sosial (SIA) bagi projek-projek pembangunan di Negeri Terengganu.
MENGENAI SiRA
Latar Belakang SiRA
PENGENALAN
Sistem Penilaian Impak Sosial Pantas (SiRA)
Pembangunan sistem ini merupakan satu penyelesaian kepada cabaran dalam proses pemilihan dan penilaian projek berpotensi pembangunan di Negeri Terengganu. Proses penilaian projek yang kompleks memerlukan satu pendekatan yang lebih sistematik bagi memastikan projek yang dirancang benar-benar memberi manfaat kepada penduduk Negeri Terengganu.
Apa itu SiRA

Ciri Utama SiRA
Sokongan Pembuatan Keputusan
Mengenal pasti projek berpotensi secara objektif melalui analisis yang berstruktur dan berasaskan data.
Teknologi & Penilaian
Mengintegrasikan model spatial bagi melaksanakan saringan awal Penilaian Impak Sosial dengan pantas dan tepat.
Pandangan Awal
Berfokus di Negeri Terengganu, dengan Daerah Marang dan Setiu bertindak sebagai lokasi rintis bagi Fasa 1
SOKONGAN
Pembuatan Keputusan
SiRA berfungsi sebagai Sistem Sokongan Keputusan (DSS) digital bagi membantu pihak berkuasa tempatan, pemaju, dan perancang bandar dalam mengenal pasti serta menyaring unjuran impak sosial unjuran awal sesuatu projek. Melalui visualisasi data yang terstruktur, platform ini membolehkan pemegang taruh (stakeholders) membuat penilaian risiko sosial yang lebih objektif, saksama, dan berasaskan data hulu (baseline data) yang sahih sebelum sesuatu kelulusan projek diberikan.
SKOP
Pelaksanaan dan Fasa Pembangunan
Dengan mengintegrasikan pemetaan geospatial dan model spatial GIS, sistem ini berkeupayaan melaksanakan Saringan Awalan Penilaian Impak Sosial (SIA Screening) secara hibrid. Pendekatan teknologi ini mempercepatkan proses pengepaman data profil sosioekonomi dan penilaian sensitiviti kawasan, sekaligus menghasilkan laporan saringan yang pantas, kos-efektif, dan berketepatan tinggi demi meminimalisasi impak negatif terhadap komuniti setempat.
Pelaksanaan
Pendekatan dan Teknologi
Sistem SiRA digubal khusus untuk disesuaikan dengan koridor pembangunan dan acuan pemetaan sosial di Negeri Terengganu. Bagi fasa pengoperasian perintis, sistem ini memfokuskan pengumpulan data mikro dan penilaian indikator sosial di Daerah Marang dan Daerah Setiu sebagai lokaliti rujukan utama, sebelum diperluaskan sebagai model standard pengurusan impak sosial di seluruh negeri.
Output SiRA
Output SiRA adalah bersifat indikatif dan digunakan sebagai panduan awal sebelum penyediaan laporan SIA, sekiranya tertakluk kepada Tatacara Pemprosesan Penilaian Impak Sosial Bagi Projek Pembangunan (SIA Kategori B) Negeri Terengganu yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Terengganu Bil. 19/2024 bertarikh 12 Jun 2024.
Platform digital saringan awal SIA untuk projek pembangunan di Negeri Terengganu oleh PLANMalaysia Terengganu.
Sistem SiRA (Social Impact Rapid Assessment) adalah harta intelek PLANMalaysia Terengganu, dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin dan PEERS Consult (M) Sdn. Bhd. Data dan maklumat GIS di dalam sistem adalah hak milik SiRA dan PLANMalaysia Terengganu.
Semua maklumat, data dan analisis SiRA adalah sulit dan hanya untuk tujuan saringan awalan (Pre-screening) bagi projek pembangunan di Negeri Terengganu.
SiRA bukan laporan Social Impact Assessment (SIA) yang lengkap. Hasilnya hanya bersifat indikatif untuk penentuan awal tahap keperluan SIA sebenar.
Dengan mengakses sistem ini, anda bersetuju bahawa:
Anda bertanggungjawab terhadap ketepatan data yang dimasukkan.
Semua hasil analisis adalah indikatif dan tertakhluk kepada pengesahan rasmi PLANMalaysia Terengganu dan pembekal data rasmi.
Sebarang pendedahan atau penggunaan tanpa kebenaran adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
PLANMalaysia Terengganu berhak menukar, menambah baik, atau menangguhkan akses sistem tanpa notis.
Dengan menekan "Log Masuk", anda mengesahkan persetujuan kepada terma di atas.