MENGENAI SiRA

Latar Belakang SiRA

PENGENALAN

Sistem Penilaian Impak Sosial Pantas (SiRA)

Pembangunan sistem ini merupakan satu penyelesaian kepada cabaran dalam proses pemilihan dan penilaian projek berpotensi dalam industri pembangunan di Terengganu. Proses penilaian projek yang kompleks memerlukan satu pendekatan yang lebih sistematik bagi memastikan projek yang dipilih benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat dan pembangunan kawasan.

Sokongan

Pembuat Keputusan

Sistem ini dibangunkan bagi memberi sokongan kepada pembuat keputusan dalam mengenal pasti dan menentukan projek yang mempunyai potensi yang baik. Melalui penyediaan maklumat analisis yang lebih tersusun, SiRA membantu pihak berkepentingan membuat pertimbangan secara lebih objektif dan berasaskan data.

Penilaian

Pendekatan dan Teknologi

Bagi mencapai tujuan tersebut, sistem ini menggunakan model spatial serta sistem sokongan membuat keputusan untuk menjalankan analisis penilaian impak sosial. Pendekatan ini membolehkan proses penilaian dilaksanakan dengan lebih pantas dan efektif, sekali gus membantu menghasilkan keputusan yang lebih tepat dan berinformasi.

Skop

Pelaksanaan dan Fasa Pembangunan

Pada peringkat awal, Sistem SiRA dirancang khusus untuk kegunaan di negeri Terengganu sahaja. Walau bagaimanapun, melihat kepada potensi dan peluang perluasannya ke seluruh Malaysia pada masa hadapan, pembangunan fasa pertama kini digerakkan dengan menjadikan daerah Marang dan Setiu sebagai kawasan perintis.

PENGENALAN SiRA

Pembangunan sistem seperti Sistem Penilaian Impak Sosial Pantas (SiRA) ini adalah satu penyelesaian kepada masalah pemilihan dan penilaian projek berpotensi dalam industri pembangunan di Terengganu. Ia memberi sokongan kepada pembuat keputusan dalam menentukan projek-projek yang mempunyai potensi yang baik. Dengan menggunakan model spatial dan sistem sokongan membuat keputusan, ianya dapat menyediakan penilaian impak sosial dengan pantas dan efektif, membolehkan pihak berkepentingan membuat keputusan yang lebih tepat dan berinformasi. Walaupun sistem ini disasarkan untuk pelaksanaan di peringkat nasional, pembangunan sistem pada masa ini tertumpu kepada pelaksanaan fasa pertama yang merangkumi daerah Marang dan Setiu.

Apa itu SiRA

SiRA (Social Impact Rapid Assessment) ialah platform saringan pantas dan penasihatan awalan oleh PLANMalaysia Terengganu bagi membantu penggerak projek, pemilik tanah dan perunding menilai keperluan awal Penilaian Impak Sosial (SIA) untuk projek pembangunan di Negeri Terengganu.

Ciri Utama SiRA

Menumpukan kepada pengumpulan data kritikal dengan cepat untuk menyokong proses pembuatan keputusan yang pantas.
Menggunakan analisis pra-saringan dengan merujuk kepada Pangkalan Data di PLANMalaysia Terengganu untuk semakan awal.
Digunakan sebagai penilaian awal untuk membimbing kajian SIA yang lebih terperinci yang akan disediakan.

Output SiRA

Output SiRA adalah bersifat indikatif dan digunakan sebagai panduan awal sebelum penyediaan laporan SIA, sekiranya tertakluk kepada Tatacara Pemprosesan Penilaian Impak Sosial Bagi Projek Pembangunan (SIA Kategori B) Negeri Terengganu yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Terengganu Bil. 19/2024 bertarikh 12 Jun 2024.
Statistik pengguna :
Hari ini: 1
Hari ini
Minggu ini: 55
Minggu Ini
Bulan ini: 197
Bulan Ini
Jumlah: 470
Jumlah
Statistik pengguna :
Hari ini: 1
Hari ini
Minggu ini: 55
Minggu Ini
Bulan ini: 197
Bulan Ini
Jumlah: 470
Jumlah
HAK CIPTA TERPELIHARA SISTEM PENILAIAN IMPAK SOSIAL PANTAS (SiRA) @ 2025

Selamat
Datang

Hubungi Kami:

PLANMalaysia@Terengganu
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu)
Tingkat 3 & 4, Wisma Negeri, 20646 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Log Masuk
Pengguna SiRA
Sila log masuk untuk meneruskan penggunaan sistem SiRA.
Tidak mempunyai akaun?
Daftar
Sebarang Pertanyaan dan aduan,
boleh hubungi pusat sokongan SiRA
MODUL Social Impact Rapid Assessment (SiRA)
number10
Modul 1:
Saringan Awal Kategori SIA
number11
Modul 2:
Saringan Awal Faktor Halangan Dalam Tapak Cadangan
number12
Modul 3:
Saringan Awal Faktor Risiko Persekitaran
TERMA PENAFIAN & KERAHSIAAAN SiRA
Sistem SiRA (Social Impact Rapid Assessment) adalah harta intelek PLANMalaysia Terengganu, dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin dan PEERS Consult (M) Sdn. Bhd. Data dan maklumat GIS di dalam sistem adalah hak milik SiRA dan PLANMalaysia Terengganu.
Semua maklumat, data dan analisis SiRA adalah sulit dan hanya untuk tujuan saringan awalan (Pre-screening) bagi projek pembangunan di Negeri Terengganu.
SiRA bukan laporan Social Impact Assessment (SIA) yang lengkap. Hasilnya hanya bersifat indikatif untuk penentuan awal tahap keperluan SIA sebenar.
Dengan mengakses sistem ini, anda bersetuju bahawa:
  • Anda bertanggungjawab terhadap ketepatan data yang dimasukkan.
  • Semua hasil analisis adalah indikatif dan tertakhluk kepada pengesahan rasmi PLANMalaysia Terengganu dan pembekal data rasmi.
  • Sebarang pendedahan atau penggunaan tanpa kebenaran adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • PLANMalaysia Terengganu berhak menukar, menambah baik, atau menangguhkan akses sistem tanpa notis.
Dengan menekan "Log Masuk", anda mengesahkan persetujuan kepada terma di atas.