Perundangan

Kebenaran Merancang (KM)

Apa itu Kebenaran Merancang (KM)

Kebenaran Merancang (KM) adalah satu prosedur kelulusan bertulis yang mandatori, yang perlu diperolehi oleh manamana individu atau pemaju daripada Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT). Kelulusan ini merupakan syarat wajib sebelum sebarang kerja-kerja pemajuan tanah, pembinaan bangunan, atau perubahan penggunaan tanah boleh dimulakan di tapak.

Apa kaitan
Kebenaran Merancang (KM) dengan SiRA?

SiRA diperlukan sebagai salah satu dokumen dalam senarai semak permohonan SIA.
Laporan SIA wajib dimuktamadkan sebelum permohonan KM dan mestilah dokumen yang berdiri sendiri (standalone).

Tujuan Utama

Ia berfungsi sebagai mekanisma kawalan pembangunan bagi memastikan:
number10
Setiap pembangunan adalah teratur dan mematuhi Rancangan Tempatan.
number11
Pembangunan tidak mendatangkan kacau ganggu kepada persekitaran dan komuniti.
number12
Penyediaan infrastruktur dan utiliti adalah mencukupi.

Siapa yang memberikan Kebenaran Merancang?

Akta 172
PIHAK BERKUASA PERANCANG TEMPATAN (PBPT)
Di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

FOKUS UTAMA

Perancangan & Kawalan Pembangunan
Entiti yang memegang kuasa statutori untuk meluluskan Kebenaran Merancang (KM) dan mengawal selia pembangunan fizikal khususnya dalam hal ehwal guna tanah.

TANGGUNGJAWAB

  • Memberikan kelulusan Kebenaran Merancang (KM).
  • Menyediakan dan mewartakan Rancangan Tempatan (RT).
  • Mengawal selia penggunaan tanah mengikut zon yang ditetapkan.
  • Mengeluarkan arahan perancangan dan notis penguatkuasaan.
Akta 171
PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976

FOKUS UTAMA

Pentadbiran Perbandaran & Perkhidmatan Bandar
Entiti pentadbiran yang menguruskan perkhidmatan perbandaran, mengeluarkan lesen operasi serta penyelenggaraan bandar.

TANGGUNGJAWAB

  • Mengeluarkan lesen perniagaan.
  • Meluluskan Pelan Bangunan & Permit (Di bawah Akta 133).
  • Menguruskan sisa pepejal dan pembersihan awam.
  • Mengutip cukai taksiran (cukai pintu).
  • Menyelenggara infrastruktur awam (jalan, parit, lampu jalan).
Statistik pengguna :
Hari ini: 13
Hari ini
Minggu ini: 67
Minggu Ini
Bulan ini: 209
Bulan Ini
Jumlah: 482
Jumlah
Statistik pengguna :
Hari ini: 13
Hari ini
Minggu ini: 67
Minggu Ini
Bulan ini: 209
Bulan Ini
Jumlah: 482
Jumlah
HAK CIPTA TERPELIHARA SISTEM PENILAIAN IMPAK SOSIAL PANTAS (SiRA) @ 2025

Selamat
Datang

Hubungi Kami:

PLANMalaysia@Terengganu
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu)
Tingkat 3 & 4, Wisma Negeri, 20646 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Log Masuk
Pengguna SiRA
Sila log masuk untuk meneruskan penggunaan sistem SiRA.
Tidak mempunyai akaun?
Daftar
Sebarang Pertanyaan dan aduan,
boleh hubungi pusat sokongan SiRA
MODUL Social Impact Rapid Assessment (SiRA)
number10
Modul 1:
Saringan Awal Kategori SIA
number11
Modul 2:
Saringan Awal Faktor Halangan Dalam Tapak Cadangan
number12
Modul 3:
Saringan Awal Faktor Risiko Persekitaran
TERMA PENAFIAN & KERAHSIAAAN SiRA
Sistem SiRA (Social Impact Rapid Assessment) adalah harta intelek PLANMalaysia Terengganu, dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin dan PEERS Consult (M) Sdn. Bhd. Data dan maklumat GIS di dalam sistem adalah hak milik SiRA dan PLANMalaysia Terengganu.
Semua maklumat, data dan analisis SiRA adalah sulit dan hanya untuk tujuan saringan awalan (Pre-screening) bagi projek pembangunan di Negeri Terengganu.
SiRA bukan laporan Social Impact Assessment (SIA) yang lengkap. Hasilnya hanya bersifat indikatif untuk penentuan awal tahap keperluan SIA sebenar.
Dengan mengakses sistem ini, anda bersetuju bahawa:
  • Anda bertanggungjawab terhadap ketepatan data yang dimasukkan.
  • Semua hasil analisis adalah indikatif dan tertakhluk kepada pengesahan rasmi PLANMalaysia Terengganu dan pembekal data rasmi.
  • Sebarang pendedahan atau penggunaan tanpa kebenaran adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • PLANMalaysia Terengganu berhak menukar, menambah baik, atau menangguhkan akses sistem tanpa notis.
Dengan menekan "Log Masuk", anda mengesahkan persetujuan kepada terma di atas.