Perundangan

Tafsiran Kebenaran Merancang (KM)

Tafsiran Kebenaran Merancang (KM) berdasarkan Akta 172

Berikut adalah peruntukan statutori utama di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) yang mentafsirkan kuasa, larangan, dan prosedur berkaitan KM:

Kebenaran Merancang

Subseksyen 2 (1):
“Kebenaran yang diberikan, dengan atau tanpa syarat, untuk menjalankan pemajuan.”

Pemajuan

Subseksyen 2 (1):
“Menjalankan apa-apa kerja bangunan, kejuruteraan, perlombongan, perindustrian atau apa-apa kerja lain yang seumpamanya pada, di atas, di sebelah atas atau di bawah tanah, membuat apa-apa perubahan material mengenai penggunaan mana-mana tanah atau bangunan atau menyusun atur penggunaan tanah untuk tujuan mana-mana bahagian daripadanya, atau memecah sempadan atau mencantumkan tanah.”

KEPATUHAN KEPADA RANCANGAN TEMPATAN

Subseksyen 18 (1):
“Tiada seorang pun boleh menggunakan atau membenarkan digunakan mana-mana tanah atau bangunan melainkan menurut rancangan tempatan.”

LARANGAN MELAKUKAN PEMAJUAN TANPA KM

Subseksyen 19 (1):
“Tiada seorang pun, selain pihak berkuasa tempatan, boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan melainkan jika kebenaran merancang berkenaan dengan pemajuan itu telah diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 atau dilanjutkan di bawah subseksyen 24(3).”

KEWAJIPAN MEMATUHI SYARAT KM

Seksyen 20:
“Tiada seorang pun boleh memulakan, mengusahakan, atau menjalankan apa-apa pemajuan selain menurut kebenaran merancang yang diberikan kepadanya di bawah seksyen 22 berkenaan dengan pemajuan itu atau syarat-syarat kebenaran merancang itu.”

PROSEDUR PERMOHONAN

Subseksyen 21 (1):
“Sesuatu permohonan untuk kebenaran merancang berkenaan dengan suatu pemajuan hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa perancang tempatan dan hendaklah dalam bentuk dan hendaklah mengandungi butir-butir dan disertakan dengan dokumen, pelan dan fi yang ditetapkan.”
Statistik pengguna :
Hari ini: 12
Hari ini
Minggu ini: 66
Minggu Ini
Bulan ini: 208
Bulan Ini
Jumlah: 481
Jumlah
Statistik pengguna :
Hari ini: 12
Hari ini
Minggu ini: 66
Minggu Ini
Bulan ini: 208
Bulan Ini
Jumlah: 481
Jumlah
HAK CIPTA TERPELIHARA SISTEM PENILAIAN IMPAK SOSIAL PANTAS (SiRA) @ 2025

Selamat
Datang

Hubungi Kami:

PLANMalaysia@Terengganu
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu)
Tingkat 3 & 4, Wisma Negeri, 20646 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Log Masuk
Pengguna SiRA
Sila log masuk untuk meneruskan penggunaan sistem SiRA.
Tidak mempunyai akaun?
Daftar
Sebarang Pertanyaan dan aduan,
boleh hubungi pusat sokongan SiRA
MODUL Social Impact Rapid Assessment (SiRA)
number10
Modul 1:
Saringan Awal Kategori SIA
number11
Modul 2:
Saringan Awal Faktor Halangan Dalam Tapak Cadangan
number12
Modul 3:
Saringan Awal Faktor Risiko Persekitaran
TERMA PENAFIAN & KERAHSIAAAN SiRA
Sistem SiRA (Social Impact Rapid Assessment) adalah harta intelek PLANMalaysia Terengganu, dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin dan PEERS Consult (M) Sdn. Bhd. Data dan maklumat GIS di dalam sistem adalah hak milik SiRA dan PLANMalaysia Terengganu.
Semua maklumat, data dan analisis SiRA adalah sulit dan hanya untuk tujuan saringan awalan (Pre-screening) bagi projek pembangunan di Negeri Terengganu.
SiRA bukan laporan Social Impact Assessment (SIA) yang lengkap. Hasilnya hanya bersifat indikatif untuk penentuan awal tahap keperluan SIA sebenar.
Dengan mengakses sistem ini, anda bersetuju bahawa:
  • Anda bertanggungjawab terhadap ketepatan data yang dimasukkan.
  • Semua hasil analisis adalah indikatif dan tertakhluk kepada pengesahan rasmi PLANMalaysia Terengganu dan pembekal data rasmi.
  • Sebarang pendedahan atau penggunaan tanpa kebenaran adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • PLANMalaysia Terengganu berhak menukar, menambah baik, atau menangguhkan akses sistem tanpa notis.
Dengan menekan "Log Masuk", anda mengesahkan persetujuan kepada terma di atas.