Perundangan

Kerangka Perundangan Penentuan Kategori SIA

(1) Tanpa menjejaskan Seksyen 20A, hendaklah menjadi kewajipan tiap-tiap jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk mendapatkan nasihat Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) mengenai sebarang cadangan pemajuan berhubungan dengan:
(a) Apa-apa penebusgunaan pinggir laut, tidak termasuk penebusgunaan bagi pembinaan jeti atau pemulihan pantai;
(b) Apa-apa pembinaan infrastruktur utama negara, termasuklah:
  • Lapangan terbang
  • Pelabuhan laut
  • Pelabuhan darat
  • Rangkaian pengangkutan kereta api
  • Lebuh raya
  • Stesen jana kuasa
  • Empangan
  • Tapak pembuangan sisa toksik
(c) Infrastruktur lain yang berkepentingan negara sebagaimana yang ditentukan oleh MPFN.
(2) Bagi maksud mendapatkan nasihat MPFN di bawah Subseksyen 20B (1), jabatan atau agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri hendaklah mengemukakan cadangan pemajuan itu beserta dengan suatu laporan penilaian impak sosial dan laporan lain sebagaimana yang ditentukan oleh MPFN.

SUBSEKSYEN 20B (1)
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [AKTA 172]

Projek pembangunan di bawah SIA Kategori B diklasifikasikan sebagai projek yang mempunyai impak sosial yang ketara sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Pihak pemohon diwajibkan mematuhi ketetapan berikut:
  • Penyediaan Laporan SIA Terperinci hendaklah disediakan dan dimuktamadkan terlebih dahulu sebelum pemohon mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang (KM).
  • Laporan SIA hendaklah disediakan sebagai dokumen yang berdiri sendiri (berasingan) dan tidak sekadar menjadi sebahagian daripada Analisis Impak Sosial (AIS) di dalam Laporan Cadangan Pemajuan (LCP).
Kategori pembangunan YANG TERTAKLUK di bawah kategori B merangkumi:
1.
Perindustrian (termasuk Perlombongan dan Loji Minyak & Gas)
2.
Pengurusan Sisa
3.
Infrastruktur dan Utiliti
4.
Jalan Raya
5.
Penebusgunaan Pinggir Laut
6.
Rumah Pekerja
7.
Komersial
8.
Kawasan Perkuburan, Krematorium dan Kolumbarium
9.
Pertanian (Termasuk Penternakan)
10.
Pembangunan di Lereng Bukit
11.
Projek-projek Kerajaan Negeri yang bukan bermotifkan keuntungan dikecualikan penyediaan Laporan SIA (Dengan pertimbangan pihak urusetia atau jawatankuasa mesyuarat).
12.
Lain-lain projek pembangunan yang ditentukan oleh PBN dan PBT dari semasa ke semasa.

SUBSEKSYEN 2 (1)
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172)

Lain-lain projek pembangunan yang mempunyai implikasi sosial ketara yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) atau PBT dari semasa ke semasa.Keperluan AIS mengikut perenggan 21A (1)(ea) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) boleh merujuk kepada Manual Laporan Cadangan Pembangunan Edisi terkini.

SUBSEKSYEN 21A(1) (ea)
AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

SUMBER
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
[Akta 172]
Portal Rasmi
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA,
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Statistik pengguna :
Hari ini: 4
Hari ini
Minggu ini: 58
Minggu Ini
Bulan ini: 200
Bulan Ini
Jumlah: 473
Jumlah
Statistik pengguna :
Hari ini: 4
Hari ini
Minggu ini: 58
Minggu Ini
Bulan ini: 200
Bulan Ini
Jumlah: 473
Jumlah
HAK CIPTA TERPELIHARA SISTEM PENILAIAN IMPAK SOSIAL PANTAS (SiRA) @ 2025

Selamat
Datang

Hubungi Kami:

PLANMalaysia@Terengganu
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu)
Tingkat 3 & 4, Wisma Negeri, 20646 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Log Masuk
Pengguna SiRA
Sila log masuk untuk meneruskan penggunaan sistem SiRA.
Tidak mempunyai akaun?
Daftar
Sebarang Pertanyaan dan aduan,
boleh hubungi pusat sokongan SiRA
MODUL Social Impact Rapid Assessment (SiRA)
number10
Modul 1:
Saringan Awal Kategori SIA
number11
Modul 2:
Saringan Awal Faktor Halangan Dalam Tapak Cadangan
number12
Modul 3:
Saringan Awal Faktor Risiko Persekitaran
TERMA PENAFIAN & KERAHSIAAAN SiRA
Sistem SiRA (Social Impact Rapid Assessment) adalah harta intelek PLANMalaysia Terengganu, dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin dan PEERS Consult (M) Sdn. Bhd. Data dan maklumat GIS di dalam sistem adalah hak milik SiRA dan PLANMalaysia Terengganu.
Semua maklumat, data dan analisis SiRA adalah sulit dan hanya untuk tujuan saringan awalan (Pre-screening) bagi projek pembangunan di Negeri Terengganu.
SiRA bukan laporan Social Impact Assessment (SIA) yang lengkap. Hasilnya hanya bersifat indikatif untuk penentuan awal tahap keperluan SIA sebenar.
Dengan mengakses sistem ini, anda bersetuju bahawa:
  • Anda bertanggungjawab terhadap ketepatan data yang dimasukkan.
  • Semua hasil analisis adalah indikatif dan tertakhluk kepada pengesahan rasmi PLANMalaysia Terengganu dan pembekal data rasmi.
  • Sebarang pendedahan atau penggunaan tanpa kebenaran adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • PLANMalaysia Terengganu berhak menukar, menambah baik, atau menangguhkan akses sistem tanpa notis.
Dengan menekan "Log Masuk", anda mengesahkan persetujuan kepada terma di atas.