Perundangan

Laporan cadangan pemajuan (LCP)

Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)

LCP adalah dokumen teknikal utama yang wajib dikemukakan bagi setiap permohonan Kebenaran Merancang (KM). Ia berfungsi sebagai justifikasi pemajuan yang menyeluruh merangkumi aspek fizikal, alam sekitar, dan impak sosial.
Di bawah Seksyen 21A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) adalah prasyarat undang-undang sebelum sebarang permohonan Kebenaran Merancang boleh dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT).
Di bawah Seksyen 21A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) adalah prasyarat undang-undang sebelum sebarang permohonan Kebenaran Merancang boleh dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT).

Kandungan Wajib Laporan Cadangan Pemajuan (LCP)

(a)
Konsep & Justifikasi
Penjelasan mengenai rasional pembangunan dan konsep perancangan yang akan dilaksanakan.
(b)
Peta Lokasi & Tapak
Gambaran jelas kedudukan tapak cadangan dalam konteks kawasan sekitar.
(c)
Butiran Hak Milik
Status pemilikan tanah dan sebarang sekatan kepentingan yang berkaitan.
(d)
Perihal Fizikal Tanah
Analisis topografi, geologi, kontur, saliran, serta tinjauan tumbuh-tumbuhan dan bangunan sedia ada.
(e)
Analisis Guna Tanah
Kesan cadangan pembangunan terhadap tanah-tanah yang bersempadan.
(ea)
Analisis Impak Sosial (SIA)
Analisis terperinci mengenai impak sosial dan langkah mitigasi terhadap kawasan kejiranan (Pindaan Akta A1522).
(f)
Pelan Susun Atur
Perincian susun atur pembangunan mengikut spesifikasi Seksyen 21B.
(f)
Pelan Susun Atur
Perincian susun atur pembangunan mengikut spesifikasi Seksyen 21B.

PINDAAN PENTING:

AKTA A1522 (2017)

Melalui pindaan Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017, penyediaan Analisis Impak Sosial (SIA) di bawah perenggan 21A(1) (ea) telah menjadi keperluan mandatori. Ini bermakna, pemaju wajib mengemukakan langkah-langkah mitigasi bagi menangani sebarang isu sosial yang mungkin timbul akibat pembangunan tersebut. Kegagalan menyertakan elemen ini akan menyebabkan LCP dianggap tidak lengkap
Statistik pengguna :
Hari ini: 11
Hari ini
Minggu ini: 65
Minggu Ini
Bulan ini: 207
Bulan Ini
Jumlah: 480
Jumlah
Statistik pengguna :
Hari ini: 11
Hari ini
Minggu ini: 65
Minggu Ini
Bulan ini: 207
Bulan Ini
Jumlah: 480
Jumlah
HAK CIPTA TERPELIHARA SISTEM PENILAIAN IMPAK SOSIAL PANTAS (SiRA) @ 2025

Selamat
Datang

Hubungi Kami:

PLANMalaysia@Terengganu
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu)
Tingkat 3 & 4, Wisma Negeri, 20646 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Log Masuk
Pengguna SiRA
Sila log masuk untuk meneruskan penggunaan sistem SiRA.
Tidak mempunyai akaun?
Daftar
Sebarang Pertanyaan dan aduan,
boleh hubungi pusat sokongan SiRA
MODUL Social Impact Rapid Assessment (SiRA)
number10
Modul 1:
Saringan Awal Kategori SIA
number11
Modul 2:
Saringan Awal Faktor Halangan Dalam Tapak Cadangan
number12
Modul 3:
Saringan Awal Faktor Risiko Persekitaran
TERMA PENAFIAN & KERAHSIAAAN SiRA
Sistem SiRA (Social Impact Rapid Assessment) adalah harta intelek PLANMalaysia Terengganu, dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin dan PEERS Consult (M) Sdn. Bhd. Data dan maklumat GIS di dalam sistem adalah hak milik SiRA dan PLANMalaysia Terengganu.
Semua maklumat, data dan analisis SiRA adalah sulit dan hanya untuk tujuan saringan awalan (Pre-screening) bagi projek pembangunan di Negeri Terengganu.
SiRA bukan laporan Social Impact Assessment (SIA) yang lengkap. Hasilnya hanya bersifat indikatif untuk penentuan awal tahap keperluan SIA sebenar.
Dengan mengakses sistem ini, anda bersetuju bahawa:
  • Anda bertanggungjawab terhadap ketepatan data yang dimasukkan.
  • Semua hasil analisis adalah indikatif dan tertakhluk kepada pengesahan rasmi PLANMalaysia Terengganu dan pembekal data rasmi.
  • Sebarang pendedahan atau penggunaan tanpa kebenaran adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • PLANMalaysia Terengganu berhak menukar, menambah baik, atau menangguhkan akses sistem tanpa notis.
Dengan menekan "Log Masuk", anda mengesahkan persetujuan kepada terma di atas.