Pembangunan sistem ini merupakan satu penyelesaian kepada cabaran dalam proses pemilihan dan penilaian projek berpotensi pembangunan di Negeri Terengganu. Proses penilaian projek yang kompleks memerlukan satu pendekatan yang lebih sistematik bagi memastikan projek yang dirancang benar-benar memberi manfaat kepada penduduk Negeri Terengganu.
Apa itu SiRA
SiRA (Social Impact Rapid Assessment)ialah platform saringan pantas dan penasihatan awalan oleh PLANMalaysia Terengganu bagi membantu penggerak projek, pemilik tanah dan perunding menilai keperluan awal Penilaian Impak Sosial (SIA) untuk projek pembangunan di Negeri Terengganu.
Ciri Utama SiRA
Kecekapan Masa
Menumpukan kepada pengumpulan data kritikal dengan cepat untuk menyokong proses pembuatan keputusan yang pantas.
Kaedah Ringkas
Menggunakan analisis pra-saringan dengan merujuk kepada Pangkalan Data di PLANMalaysia Terengganu untuk semakan awal.
Pandangan Awal
Digunakan sebagai penilaian awal untuk membimbing kajian SIA yang lebih terperinci yang akan disediakan.
Penilaian
Pendekatan dan Teknologi
Sistem ini menggunakan model spatial serta sistem sokongan membuat keputusan untuk menjalankan analisis saringan awalan penilaian impak sosial. Pendekatan ini membolehkan proses penilaian dilaksanakan dengan lebih pantas dan efektif, bagi menghasilkan keputusan yang lebih tepat dan berinformasi.
Sokongan
Pembuatan Keputusan
Sistem ini dibangunkan bagi memberi sokongan kepada pembuat keputusan dalam mengenal pasti dan menentukan projek yang mempunyai potensi yang baik melalui penyediaan maklumat analisis yang lebih tersusun, SiRA membantu pihak berkepentingan membuat pertimbangan secara lebih objektif dan berasaskan data.
Skop
Pelaksanaan dan Fasa Pembangunan
Sistem SiRA dirancang khusus untuk kegunaan di Negeri Terengganu. Walau bagaimanapun, pembangunan fasa pertama kini digerakkan dengan menjadikan Daerah Marang dan Daerah Setiu sebagai daerah perintis.
Output SiRA
Output SiRA adalah bersifat indikatif dan digunakan sebagai panduan awal sebelum penyediaan laporan SIA, sekiranya tertakluk kepada Tatacara Pemprosesan Penilaian Impak Sosial Bagi Projek Pembangunan (SIA Kategori B) Negeri Terengganu yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Terengganu Bil. 19/2024 bertarikh 12 Jun 2024.
Platform digital saringan awal SIA untuk projek pembangunan di Negeri Terengganu oleh PLANMalaysia Terengganu.
Sistem SiRA (Social Impact Rapid Assessment) adalah harta intelek PLANMalaysia Terengganu, dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin dan PEERS Consult (M) Sdn. Bhd. Data dan maklumat GIS di dalam sistem adalah hak milik SiRA dan PLANMalaysia Terengganu.
Semua maklumat, data dan analisis SiRA adalah sulit dan hanya untuk tujuan saringan awalan (Pre-screening) bagi projek pembangunan di Negeri Terengganu.
SiRA bukan laporan Social Impact Assessment (SIA) yang lengkap. Hasilnya hanya bersifat indikatif untuk penentuan awal tahap keperluan SIA sebenar.
Dengan mengakses sistem ini, anda bersetuju bahawa:
Anda bertanggungjawab terhadap ketepatan data yang dimasukkan.
Semua hasil analisis adalah indikatif dan tertakhluk kepada pengesahan rasmi PLANMalaysia Terengganu dan pembekal data rasmi.
Sebarang pendedahan atau penggunaan tanpa kebenaran adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
PLANMalaysia Terengganu berhak menukar, menambah baik, atau menangguhkan akses sistem tanpa notis.
Dengan menekan "Log Masuk", anda mengesahkan persetujuan kepada terma di atas.