Selamat Datang ke
SiRA (SOCIAL IMPACT RAPID ASSESSMENT)
MENGENAI SiRA

Bilakah SiRA diperlukan?

Pendekatan ini sering digunakan dalam konteks yang memerlukan pembuatan keputusan yang cepat, seperti perancangan projek atau kajian kebolehlaksanaan awal. SiRA dilaksanakan semasa proses pra-perundingan dan merupakan sebahagian daripada proses penilaian awal.
number10
Satu analisis awalan yang boleh digunakan oleh PLANMalaysia Terengganu (PMT) bagi memberi nasihat pantas kepada pemaju yang membuat pertanyaan tentang kesesuaian tapak pembangunan.
number11
Pra saringan dan proses pembidangan yang dibuat oleh perunding bagi pihak penggerak projek.
Kitaran Lengkap

Proses SIA

Proses SIA terdiri daripada sembilan (9) peringkat.
fasa pelaksanaan
Fasa perancangan
Saringan
  • Saringan berdasarkan kepada dasar dan perancangan di peringkat negara, negeri dan daerah.
Pembidangan
  • Kenal pasti skop impak.
  • Tentukan Zon Pengaruh.
  • Kenal pasti pihak berkepentingan utama.
Pengumpulan Data dan Analisis
  • Pengumpulan data primer dan sekunder.
  • Analisis data primer dan sekunder.
Pemantauan
  • Memantau pelaksanaan SIMP dan keberkesanan langkah-langkah mitigasi yang dijalankan.
Audit
  • Audit tahap pematuhan terhadap syarat kelulusan SIA
PROSES SIA 1 2 3 4 5 6 7 8 9
Jangkaan dan Penilaian Impak Sosial
  • Menilai impak secara terperinci.
  • Tentukan tahap kepentingan kesan.
Perhalusi Opsyen dan Reka Bentuk Projek
  • Perhalusi pilihan projek pasca penilaian kesan sosial.
  • Optimumkan reka bentuk projek untuk meminimumkan kesan sosial.
Langkah-langkah mitigasi
  • Membangunkan langkah-langkah mitigasi yang sesuai dan praktikal untuk kesan negatif.
  • Melaksanakan langkah penambahbaikan untuk kesan positif.
Pelan Pengurusan Impak sosial
  • Wujudkan mekanisme pengurusan aduan.
  • Tentukan penunjuk prestasi utama yang realistik.
  • Tentukan proses pemantauan yang sesuai.
Sumber : Olahan daripada Panduan Pelaksanaan Penilaian Impak Sosial Bagi Projek Pembangunan (PPSIA), 2023, PLANMALAYSIA.
HAK CIPTA TERPELIHARA SISTEM PENILAIAN IMPAK SOSIAL PANTAS (SiRA) @ 2025

Selamat
Datang

Hubungi Kami:

PLANMalaysia@Terengganu
(Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu)
Tingkat 3 & 4, Wisma Negeri, 20646 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Log Masuk
Pengguna SiRA
Sila log masuk untuk meneruskan penggunaan sistem SiRA.
Tidak mempunyai akaun?
Daftar
Sebarang Pertanyaan dan aduan,
boleh hubungi pusat sokongan SiRA
TERMA PENAFIAN & KERAHSIAAAN SiRA
Sistem SiRA (Social Impact Rapid Assessment) adalah harta intelek PLANMalaysia Terengganu, dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin dan PEERS Consult (M) Sdn. Bhd. Data dan maklumat GIS di dalam sistem adalah hak milik SiRA dan PLANMalaysia Terengganu.
Semua maklumat, data dan analisis SiRA adalah sulit dan hanya untuk tujuan saringan awalan (Pre-screening) bagi projek pembangunan di Negeri Terengganu.
SiRA bukan laporan Social Impact Assessment (SIA) yang lengkap. Hasilnya hanya bersifat indikatif untuk penentuan awal tahap keperluan SIA sebenar.
Dengan mengakses sistem ini, anda bersetuju bahawa:
  • Anda bertanggungjawab terhadap ketepatan data yang dimasukkan.
  • Semua hasil analisis adalah indikatif dan tertakhluk kepada pengesahan rasmi PLANMalaysia Terengganu dan pembekal data rasmi.
  • Sebarang pendedahan atau penggunaan tanpa kebenaran adalah dilarang dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • PLANMalaysia Terengganu berhak menukar, menambah baik, atau menangguhkan akses sistem tanpa notis.
Dengan menekan "Log Masuk", anda mengesahkan persetujuan kepada terma di atas.